INILAH TAUHID

Ilahi...Anta Maqsudi...Wa Redhoka Matlubi...
.::Tuhanku!!Engkaulah Yang Kumaksudkan dan KeredhaanMu Yang Kutuntut::.

::SEJENAK::

Syariat Tanpa Tariqat Ibarat Kulit Tak Berisi..

Tariqat Tanpa Hakikat Ibarat Isi Tak Berurat..

Hakikat Tanpa Makrifat Ibarat Urat Tanpa Saraf..

Makrifat Tanpa Syariat Ibarat Saraf Yang Mati..



Tuesday, December 13, 2011

Wali Allah: Syarif Muhammad Al-Baghdadi


Syarif Muhammad al-Baghdadi adalah seorang tokoh yang sangat penting dalam penyebaran Islam di Alam Melayu. Beliau merupakan keturunan Saidina Hasan daripada sebelah bapanya dan Saidina Husin daripada sebelah ibunya. Diriwayatkan bahawa Syarif Muhammad dipercayai telah meninggalkan takhtanya dan kerajaan Baghdad untuk beruzlah di Makkah. Setelah sekian lama berada di Makkah, beliau berangkat menuju ke Hadratulmaut di Yaman dan seterusnya ke Nusantara iaitu di Hulu Terengganu.

Friday, December 9, 2011

Aku Hamba Yang Penuh Dosa

Dosa, aku tenggelam bersama dengan bisikan nafsu yang membawaku ke dunia yang asyik. Akulah manusia yang penuh dengan dosa. Terpaut dengan makanan nafsu yang didalangi syaitan. Terpedaya dengan nafsu sendiri, beribadah dengan penuh kesyirikan. Aku manusia yang jahil dan bodoh. Aku hanyut dengan bisikan halus yang menyelubungi hati. Selamatkanlah jiwaku dan jasadku Ya Allah Ya Rasulullah daripada bisikan itu yang seringkali menambahkan kehitaman dalam kesucian rohani. Aku sangat lemah dan tidak berdaya melihat kesombongan yang penuh dosa merajai diri.

Wednesday, December 7, 2011

Tok Pulau Manis (Wali Allah: Syeikh Abdul Malik)

 

Syeikh Abdul Malik atau lebih dikenali Tok Pulau Manis dilahirkan di Kampung Pauh, Hulu Terengganu pada tahun 1060an/1650an, berketurunan Sharif Mohammad, yang berasal dari Baghdad. Menerima pendidikan agama diperingkat awal dari kaum keluarganya sendiri.
Syeikh Abdul Malik kemudiannya belajar di Aceh yang digelar “Serambi Mekah. Adalah dipercayai beliau telah menerima pendidikan secara langsung dari ulama besar Acheh, Syeikh Abdul Rauf Singkel (1030-1050/1620-1693) yang juga seorang tokoh yang berusaha membawa kepada pengukuhan terhadap aliran al-Sunnah wal Jamaah di alam Melayu. Beliau telah menyalin kitab Tafsir Baydawi yang dikarang dalam Bahasa Melayu oleh Syeikh Abdul Rauf Singkel. Selanjutnya beliau menyambung pengajian di Mekah sekitar tahun 1680, ketika beliau dipercayai berumur 30 tahun.

Monday, December 5, 2011

Tuan Tulis (Wali Allah: Haji Ismail Bin Hussein)

Tun Tulis atau Tuan Tulis adalah gelaran kepada seorang ulama Negeri Sembilan yang bernama Haji Ismail Bin Hussein. Makam Tuan Tulis kerap dikunjungi orang ramai sejak dahulu kerana menghormatinya sebagai orang alim dan sholeh. Mungkin kerana dakwaan bahawa beliau keramat atau bertaraf wali maka ada pula yang melakukan perkara-perkara bidaah ketika mengunjungi makam beliau. Nama sebenar beliau ialah Ismail Jaaman. Beliau dipercayai lahir dalam tahun 1840an di Kampung Talang iaitu dalam Daerah Kuala Pilah dan yatim piatu sejak kecil.

Thursday, December 1, 2011

Lau Kana Bainana Habib

Dikala mendengar muzik ini, alunan suaranya terus menerjah rohani dan terbayang di fikiran.. alangkah beruntungnya ummat di zaman Rasulullah saw. kerana mereka begitu hampir dan dekat dengan junjungan besar Nabi Muhammad saw. Aduh...  tatkala rohani ini membisikkan sesuatu dan hati mula berbicara akan kerinduan yang teramat kepada Nabi Muhammad saw, aku tergamam dan hanya mampu menahan emosi dan tidak semena-mena air mata mula menitis tanpa dipaksa. Itulah gambaran sebenar yang terjadi kepadaku ketika pertama kali mendengar lagu Lau Kana Bainana Habib.

Friday, April 8, 2011

Sholaatun Bissalaamil Mubiin


Sholaatun Bissalaamil Mubiin

صلاةبالسلام المبين لنقطةالتعيين ياغرامي
Sholaatun bissalaamil mubiini Linuqthotitta yiini yaa ghoroomii.
Shalawat serta salam ku persembahkan kepada mu wahai kekasih ku

نبي كان أصل التكوين* من عهدكن فيكن ياغرامي
Nabiyyun kaana ashlattakwiini * min ahdi kun fayakun yaa ghoroomi
Sebagai bukti keteguhan ku,wahai Nabi saw (kekasih ku)

أيا من جائناحقانذير* مغيثامسبلا سبل الرشاد
Ayyaa man jaa anaa haqqon nadziiri *mughiitsan musbilaan subularrosyaadi.
Engkaulah sebenar2nya pemberi peringatan pada masa mu

 رسول الله ياضاوي الجبين* ويامن جاءبالحق المبين
Rosulallaahi yaa dhoowiljabiini * wa yaa man jaa a bil haqqil mubiini.(**)
Wahai kekasih ku,wahai Rasulullah saw yang bercahaya wajahnya penunjuk jalan kebenaran

صلاةلم تزل تتليعليك* معطارالنسيم تهدي إليك
Sholaatullam tazal tutlaa alayka mi thoorin nasiimi tuhdaa ilayka.
Tak lekang sholawat tercurah pada mu wahai pembawa kebenaran,laksana hembusan angin yang kencang.

Monday, August 30, 2010

Ramadhanku

Perjalananku bagaikan suatu pelayaran yang entah ke mana tujuan arah ini. Berikanlah aku petunjuk Ya Allah dalam melalui kehidupan ini..