INILAH TAUHID

Ilahi...Anta Maqsudi...Wa Redhoka Matlubi...
.::Tuhanku!!Engkaulah Yang Kumaksudkan dan KeredhaanMu Yang Kutuntut::.

::SEJENAK::

Syariat Tanpa Tariqat Ibarat Kulit Tak Berisi..

Tariqat Tanpa Hakikat Ibarat Isi Tak Berurat..

Hakikat Tanpa Makrifat Ibarat Urat Tanpa Saraf..

Makrifat Tanpa Syariat Ibarat Saraf Yang Mati..



Thursday, December 1, 2011

Lau Kana Bainana Habib

Dikala mendengar muzik ini, alunan suaranya terus menerjah rohani dan terbayang di fikiran.. alangkah beruntungnya ummat di zaman Rasulullah saw. kerana mereka begitu hampir dan dekat dengan junjungan besar Nabi Muhammad saw. Aduh...  tatkala rohani ini membisikkan sesuatu dan hati mula berbicara akan kerinduan yang teramat kepada Nabi Muhammad saw, aku tergamam dan hanya mampu menahan emosi dan tidak semena-mena air mata mula menitis tanpa dipaksa. Itulah gambaran sebenar yang terjadi kepadaku ketika pertama kali mendengar lagu Lau Kana Bainana Habib.

Aku rindu kepada Rasulullah saw. Aku ingin berbicara kepada Nabi Muhammad saw akan permasalahan diriku, aku ingin mendapatkan sentuhan Nabi, aku amat merindui suara Nabi yang menjadi penyembuh bagi segala penyakit hati ini. Kalaulah Nabi Muhammad saw masih ada disisi diri yang hina ini, entah apa yang mampu aku katakan.. tergamam seribu bahasa.. akan kupeluk seerat-eratnya kerana aku sangat merindui akan dirinya yang menjadi sinar dalam hidup ini.

Aku sedar betapa jahil dan kotornya diri ini jika hendak berhadapan dengan Rasulullah saw, namun apakan daya perasaan kasih dan sayang terhadap Nabi Muhammad melangkaui segala-galanya. Aku ingin sekali berada bersama-sama Nabi setiap waktu, namun itu hanyalah impian dan adakah ia akan menjadi kenyataan?

Doakanlah yang terbaik untuk ummat Nabi Muhammad saw agar mendapat rahmat dan dipelihari oleh Allah swt. Semoga kita semua menjadi ummat yang terbaik disisi Rasulullah saw.amin..

Ya Allah..Ya Rasulullah saw..

No comments: